Jumpa pakcik ‘merayau’ tengah malam, 3 pemuda hantar ke TBS… “Jumpa kita di syurga”

Jumpa pakcik ‘merayau’ tengah malam, 3 pemuda hantar ke TBS… “Jumpa kita di syurga”

Ibu bapa adalah insan yang sangat istimewa. Islam meletakkan kedudukan ibu bapa pada satu tempat yang tinggi kerana kewajipan berbakti dan menghormati mereka adalah besar selepas beriman kepada Allah dan menyembah-Nya serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain.

Telah tular sebuah video di aplikasi TikTok dimana seorang pakcik sedang merayau seorang diri pada pukul 3 pagi di sebuah pekan di Sungai Petani, Kedah. Lelaki tersebut pada mulanya terserempak dengan pakcik itu semasa melintasi berhampiran keretanya di bahu jalan.

tiktok pakcik 1 magic

Dia kemudian menyapa pakcik tersebut kerana hairan mengapa masih merayau sehingga lewat malam kerana sepatutnya perlu berada di rumah. Makin lama pakcik tersebut berjalan ke tengah jalanraya dan hampir dilanggar oleh sebuah kereta berjenama Perodua.

Pemuda itu kemudiannya turun dari kereta dan bergegas menyelamatkan pakcik tersebut. Dia bertanya sekali lagi kemana pakcik tersebut hendak pergi lalu dia menjawab ingin ke stesen bas lama Sungai Petani. Lelaki itu menawarkan untuk menaiki keretanya tetapi dia menolak kerana dia menyangkakan lelaki tersebut merupakan pemandu teksi.

Video :

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Yang menyedihkan, pakcik yang berjalan seorang diri itu merupakan seorang yang buta dan bila bertanyakan mengenai anak-anak dia menjawab anak-anak mempunyai kehidupan masing-masing.

Tidak lama kemudian ada dua orang pemuda menaiki motor yang sudi bantu menghantar pakcik tersebut ke terminal bas yang beliau ingin pergi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tingkah-laku pemuda ini kerana rela menolong pakcik yang buta tersebut. Semoga budi baik pemuda ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua kerana setiap amal kebaikan itu akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

komen baik hati 1

komen baik hati 2

komen baik hati 3

Sumber : imuslimnetwork

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*