Monyet liar ‘culik’ bayi dalam pelukan bapa, bawa ke tempat tinggi sebelum lempar ke bawah sehingga meninggal dunia

Monyet liar ‘culik’ bayi dalam pelukan bapa, bawa ke tempat tinggi sebelum lempar ke bawah sehingga meninggal dunia

Bayi empat bulan maut selepas dilarikan seekor monyet ke tempat tinggi.
SEORANG bayi maut selepas dilarikan seekor monyet liar di Uttar Pradesh, India, pada Julai lalu.

Bayi berusia empat bulan itu dirampas daripada bapanya sebelum monyet tersebut membawanya naik ke sebuah rumah tiga tingkat.

Ketika kejadian, si bapa sedang berjalan dan secara tiba-tiba seekor monyet merampas bayi yang berada dalam pelukannya.

baby1411a 1542214806

Selepas dibawa ke kawasan tinggi, monyet itu membuang bayi berkenaan ke bawah.

Bayi tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari kawasan tinggi.

Kejadian melibatkan monyet liar semakin meruncing di Uttar Pradesh.

Penduduk mendakwa kumpulan monyet memasuki bangunan kediaman dan komersial untuk mencari makanan dan menyerang manusia.

Menurut laporan, lebih 1,000 orang telah mendapatkan rawatan anti-rabies sejak Julai selepas cedera dalam serangan monyet.

Copy Of foreign monkey HMfield image socialmedia.var 1656025250

Khamis lalu, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari bumbung ketika diserang sekumpulan monyet.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Dunka di Bareilly.

Mangsa dikenali sebagai Mukesh Kumar sedang tidur di atas bumbung pada waktu malam apabila sekumpulan monyet menyerangnya.

Ketika dia cuba melarikan monyet, lelaki berusia 40 tahun itu hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah.

Kumar yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia semasa rawatan.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*