3 Minggu Nikah Belum Sempat Sanding, Wanita Meraung Lemah Suami Dijemput Ilahi

3 Minggu Nikah Belum Sempat Sanding, Wanita Meraung Lemah Suami Dijemput Ilahi

Majlis sanding sepatutnya 27 November ini tapi Allah lebih sayangkan si suami

Setelah lafaz akad termeterai, sudah pasti setiap pasangan mengharapkan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun kalau sudah takdir Tuhan mengatakan sebaliknya, ia seperti satu ujian yang sangat berat untuk dilalui. Situasi samalah yang turut menimpa sepasang suami isteri ini setelah terlibat dalam satu nahas jalan raya.

Dalam nahas yang berlaku di Perling, Johor Bahru tersebut, si suami bagaimanapun tidak dapat diselamatkan manakala isterinya pula hanya cedera ringan. Namun apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan berkenaan khabarnya baru sahaja lebih kurang 3 minggu bernikah iaitu pada 13 Oktober lalu. Malah mereka berdua sepatutnya mengadakan majlis bersanding pula pada 27 November akan datang selain segala persiapan sudah dilakukan.

Orang cuba jadi kuat untuk awak sayang

Ketika di Jabatan Perubatan Forensik, si isteri yang trauma melihat kejadian tersebut lemah longlai selain tidak berhenti menangis sambil ditenteramkan ahli keluarga terdekat. Malah ketika Allahyarham Harith Iqbal sudah dikafankan, wanita itu masih setia tidur di sisi sambil menunggu untuk urusan pengebumian dilakukan.

Isteri dia kejut, ‘B, bangun B’…Dia goncang badan suami dia

Salah seorang saksi yang melihat nahas tersebut sempat menceritakan detik-detik sedih ketika kejadian. Jelas Ayu, cukup luluh ketika itu melihat wanita berkenaan cuba mengejutkan si suami yang sedang nazak berkali-kali sambil goncangkan badan.

Kredit: TikTok ayusoyy, Instagram mayy & Facebook Rose Mawar 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*