Pengantin angkut kereta Toyota, vespa Primavera buat mas kahwin… Tak lokek keluar mahar lebih RM80,000

Pengantin angkut kereta Toyota, vespa Primavera buat mas kahwin… Tak lokek keluar mahar lebih RM80,000

Kenderaan yang menjadi mas kahwin ini dihantar ke rumah pengantin perempuan.

TULAR di media sosial apabila seorang pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan bersama sebuah kereta jenis Toyota Raize dan vespa Primavera.

553 2

Kedua-dua kenderaan ini merupakan mas kahwin yang diberikan dengan masing-masing dianggarkan berharga 230 juta rupiah (RM68,781) dan juga 50 juta rupiah (RM14,952).

Majlis perkahwinan mereka yang menjadi perhatian netizen ini dikatakan berlaku di Jawa Tengah, Indonesia pada 10 November baru-baru ini.

553 1 1

Apabila diteliti pada video dimuat naik di Instagram, kelihatan kereta berwarna putih bersama motosikal merah berkenaan diarak ke rumah pengantin perempuan dan diikat dengan hiasan riben berwarna-warni.

Difahamkan, mas kahwin yang mahal sudah menjadi budaya di sekitar kawasan Jawa Tengah kerana keadaan sosial yang mewah mendorong mereka untuk selamba memberikan hantaran dengan jumlah mahal.

Malah dalam video sama, pasangan pengantin itu juga dilihat sempat menari di majlis sendiri bersama beberapa tetamu yang hadir sebagai tanda untuk meraikan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*