Teman lelaki terlebih tinggi, gadis terpaksa hadap soalan nakal netizen… Akui tiada masalah ketika bersama

Teman lelaki terlebih tinggi, gadis terpaksa hadap soalan nakal netizen… Akui tiada masalah ketika bersama

Pasangan ini berkenalan pada tahun 2020.
PERBEZAAN ketinggian menjadi keunikan utama yang mengikat hubungan cinta.

Begitulah kisahnya mengenai Brooke Dostillio yang hanya berketinggian paras dada teman lelakinya, Dylan Painter.

Berkenalan dua tahun lalu, Brooke memiliki ketinggian 152 sentimeter (sm) sahaja.

Teman lelakinya pula berketinggian lebih 207 sm, sekali gus membuatkan mereka kelihatan unik sewaktu berdiri bersebelahan.

“Kami dah terbiasa dengan perbezaan ketinggian ini. Saya memang pendek dan semua orang tinggi pada saya.

“Dylan pula terlalu tinggi sehingga semua orang kelihatan pendek untuknya. Tapi itu semua tak penting.

“Tapi orang biasanya memang terkejut bila lihat kami,” ujar Brooke yang berasal dari Amerika Syarikat (AS).

Bercerita lanjut, Brooke berkata ada individu bertanya sekiranya mereka berdepan masalah ketika melakukan seks kerana perbezaan ketinggian itu.

“Orang biasanya komen mengenai perbezaan ketinggian kami, kerana Dylan terlalu tinggi.

“Ada juga yang tanya bagaimana hubungan kami diteruskan, adakah perbezaan ketinggian beri kesan kepada hubungan intim. Tiada apa-apa kesan pun.

“Tapi kami rasa lucu. Apabila kami dedahkan mengenai hubungan ini, kami tahu orang akan komen hal-hal tersebut,” ujar Brooke yang masih menuntut di sebuah universiti.

Brooke berusia 25 tahun manakala Dylan, seorang pemain bola keranjang berusia 24 tahun.

Mereka kini tinggal di Jerman yang mana Dylan bermain untuk pasukan Trier Gladiators.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*