(video) “‘Salute’ anak muda ni..” Lihat Lelaki Warga Emas Tak Berkasut, Lelaki Ini Sanggup Beri Selipar Yang Dipakainya

(video) “‘Salute’ anak muda ni..” Lihat Lelaki Warga Emas Tak Berkasut, Lelaki Ini Sanggup Beri Selipar Yang Dipakainya

Semua sedia maklum jika kita melakukan kebaikan, sudah pasti ada ganjaran yang diberikan oleh Tuhan untuk kita di lain masa. Walaupun amal kebaikan kita tidak dilihat orang lain, namun pahala atas kebaikan yang dilakukan sudah tentu dihitung.

Lebih-lebih lagi jika ia melakukan kebaikan kepada orang lain dan memberikan senyuman buat mereka yang dibantu.

Beri selipar kepada warga emas

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai judedina_ apabila memuat naik satu video seorang lelaki yang membantu seorang warga emas yang berjalan tanpa memakai selipar di kakinya.

Naik motor tak pakai kasut

Dalam perkongsian tersebut juga, pengguna TikTok sempat menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukan itu.

Dapat dilihat yang lelaki bermotor tersebut hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit.

selipar 1

lihat video di bawah:

video

Cerminan kepada didikan orang tua

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan spontan lelaki berkenaan dan mendoakan agar urusannya dipermudah memandangkan dia dengan senang hati memberikan hartanya kepada orang lain.

Dapat dilihat juga yang posting berkenaan telah ditonton lebih daripada 800,000 viewers hanya dalam masa 5 jam selepas dikongsikan oleh judedina_.

IMG 0993

IMG 0991

IMG 0990

IMG 0988

Ahli keluarga kepada lelaki itu juga ada meninggalkan komen di posting tersebut dengan memaklumkan yang dia memang seorang yang baik dan sangat menghormati ibu bapa mereka.

IMG 0989

Sumber : infoslikemedia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*