
Wanita Dibuang Kerja Hanya Sebab Isu Hamil, Rupanya Ramai Akui Alami Benda Sama
Hari pertama menganggur hanya sebab isu saya hamil
Lumrah apabila kita bekerja makan gaji di bawah orang, apa jua arahan atau terma syarat haruslah dipersetujui dengan berlapang dada selari dengan kontrak yang diikat. Namun khusus bagi golongan wanita, isu dipecat sejurus memaklumkan berita hamil kepada pihak majikan kerap terjadi walaupun topik ini jarang dibincangkan secara meluas.
Mungkin pihak majikan mahu mengelakkan gangguan proses kerja kalau-kalau staf cuti bersalin nanti, persoalannya wajarkah sampai ke tahap buang kerja? Ke manakah ihsan ataupun budi bicara sesama manusia? Hal itu turut dialami oleh wanita dengan akaun TikTok Aina Bieyla ini.

Saya doakan mana-mana syarikat yang tindas perempuan hamil akan muflis
Walaupun tidak mempunyai sebarang alahan dan boleh bekerja seperti biasa, dia berkongsikan kesedihan kini tidak lagi mempunyai sumber pendapatan. Apa yang berlaku disifatkan sebagai satu bentuk penindasan dan ketidakadilan terhadap golongan wanita mengandung.
Saya pun dalam situasi sama…Bos tak luluskan cuti bersalin sebab taknak bayar gaji cuti 3 bulan nanti
Melalui ruangan komen, ramai golongan wanita berkongsikan keluhan yang sama. Walaupun tidak dibuang kerja seperti kisah empunya video, ada yang berhadapan dengan kerenah majikan enggan meluluskan cuti bersalin.
Kredit : TikTok Aina Nabieyla
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply