
Menyentuh Hati, Bayi Dilahirkan ‘Pekak’ Tersenyum Lebar Saat Mendengar Suara Ibu Buat Pertama Kali
Menurut Daily Mail, keluarga kanak-kanak itu mengetahui keadaan bayi berkenaan ketika usianya baru 14 jam selepas kelahiran. Pasangan Eisha-Marie Stone dan suaminya, Chris Rex dari Perth telah bekerja keras untuk mencari rawatan buat bayi berkenaan. Usaha mereka berhasil apabila kanak-kanak itu menerima alat pendengaran pertamanya pada usia enam minggu, tulis portal itu.
Sebuah detik bermakna. Mungkin inilah ungkapan yang bersesuaian apabila melihat detik seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran mendengar suara ibunya buat pertama kali. Tersenyum lebar saat namanya dipanggil ibu, itulah Harrison Rex di dalam video tular semasa usianya enam minggu.
“Saya tidak sangka reaksi emosi yang cukup besar dari seorang bayi berusia enam minggu setengah,” katanya. Sejujurnya, saya masih dalam penafian mengenai kekurangannya, sehinggalah saat ini. Kebahagiaan hakiki yang lahir dari si kecil ini adalah satu pengalaman menakjubkan,” tambah wanita itu.
Dalam video dikongsikan, Marie memanggil nama anaknya, sejurus selepas itu kelihatan reaksi Harrison yang tersenyum lebar.
Video :
Jelasnya, dia gigih mencari bantuan buat Harrison melalui Google dan Facebook sebelum akhirnya dia menemui sebuah program untuk belajar mendengar dan bercakap, iaitu Telethon Speech and Hearing. Pada usia empat bulan, kanak-kanak itu mula menjalani terapi dan kini pada usianya dua tahun, Harrison sudah boleh menghasilkan ayat dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya, tulis portal itu.
Sumber: info.imuslimnetwork
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply