
Suami layan baik siap suap makan, netizen ‘happy’ tengok Intan Salleh bahagia… “Tuhan uji sebab tahu kita mampu”
Intan Salleh kini lebih bahagia.
RAMAI peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga personaliti media sosial Intan Salleh dengan suaminya Mohd Aizam Yahya.
Perkongsian terbaharu Intan, 36, disuap oleh suaminya menarik perhatian ramai netizen dan rata-ratanya seronok melihat momen ‘sweet’ yang ditunjukkan pasangan ini.
“Indahnya kalau ada yang memahami.. Kita lapar dia suap. Hiks!” katanya.
Intan berkongsi momen bahagia itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Peminat gembira melihat Intan kini hidup bahagia.
Menjawab komen salah seorang pengikut, Intan berkata masalah rumah tangga yang pernah dilalui sebelum ini merupakan satu ujian yang cukup indah buat dirinya.
“Alhamdulillah, tuhan uji sebab tuhan tahu kita mampu. Sakit susah payah dapat diharungi, kita sahaja yang tahu,” ujarnya.
Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan suaminya melayan baik Intan dan senang melihat kebahagiaan pasangan ini.
“Wah, Intan dah dapat orang yang betul-betul layan untuk jaga dia dengan baik.
Alhamdulillah, tuhan uji sebab tuhan tahu kita mampu.
INTAN SALLEH
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
“Bila dijaga dengan baik, hati senang dan tenang terus nampak muka berseri-seri.
“Kita akan bahagia bersama orang yang tepat,” tulis netizen.
Intan baharu sahaja melahirkan putera yang ketiga pada September lalu.
Untuk rekod, Intan berkahwin dengan Aizam pada 20 Disember 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Ayyaz Muqri yang berusia tujuh bulan.
Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply