Sanggup Kayuh Basikal Hantar & Ambil Anak Sekolah, Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak

Sanggup Kayuh Basikal Hantar & Ambil Anak Sekolah, Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak

Pengorbanan seorang ayah sememangnya tiada tandingan. Walaupun kelihatan diam dan bersahaja, namun dia sangatlah mahukan yang terbaik untuk keluarga tercinta malah tidak sanggup melihat anak-anaknya berada dalam keadaan susah.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah sanggup mengayuh basikal untuk menghantar dan mengambil anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian Cik Puan Gojes di laman Facebook, dia terserempak dengan lelaki tersebut yang membonceng anaknya yang baru pulang daripada sekolah.

“Besarnya, pengorbanan seorang ayah, sebak tengok pakcik ini ambil anak dari sekolah naik basikal sahaja, kaki si anak tiada tempat nak diletak jadi memang akan lenguh tergantung macam itu dan nak kena galas beg sekolah berat lagi.”

“Ingatkan rumah mereka dekat dengan sekolah tetapi kami terserempak lagi dekat simpang lampu isyarat yang agak jauh,

Selepas kami terserempak kami pergi sekolah ambil anak sulung, pakaian pakcik tu pula seperti baru balik dari kerja,” tulisnya di dalam video berdurasi 50 saat itu.

Sanggup Kayuh Basikal Hantar Ambil Anak Sekolah Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak

Difahamkan lokasi kejadian di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perkara tersebut, manakan tidak, sudah lah penat berkeja namun lelaki ini tidak melupakan tanggungjawabnya bahkan mengutamakan keselamatan anaknya.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Antara komen warga maya:

Sanggup Kayuh Basikal Hantar Ambil Anak Sekolah Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak 1

Sanggup Kayuh Basikal Hantar Ambil Anak Sekolah Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak 2

Sanggup Kayuh Basikal Hantar Ambil Anak Sekolah Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak 3

Sanggup Kayuh Basikal Hantar Ambil Anak Sekolah Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak 5

Sumber : My Team Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*