Hanya kongsi video makan sushi, wanita akui trauma dapat komen ‘menjijikkan’

Hanya kongsi video makan sushi, wanita akui trauma dapat komen ‘menjijikkan’

Bukan menjadi perkara pelik apabila seseorang itu merakam video dirinya sedang menikmati makanan, mungkin sekadar mahu berkongsi aktiviti harian dilakukan kepada pengikut di media sosial.

Namun, situasi berbeza dihadapi oleh wanita ini apabila menerima pelbagai komen ‘menjijikkan’ selepas memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia memakan sushi di sebuah restoran.

Kisah wanita bernama Fiena Jeeha itu ditularkan oleh seorang pengguna laman Twitter, ericsofiee yang meluahkan rasa terkilan terhadap komen ‘merapu’ segelintir lelaki berhubung video tersebut.

Dia makan normal macam orang lain

“Wanita ini merakam dirinya sedang makan seperti orang biasa. Malangnya, masih ada segelintir lelaki dungu ya,” tulis ericsofiee baru-baru ini.

Ciapan berkenaan diulang kicau lebih 14,000 kali dan menerima 18,700 tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang rata-rata turut mengecam komen ditinggalkan pada video wanita tersebut.

Mereka berpendapat, perkara membabitkan golongan wanita tidak sepatutnya dijadikan sebagai objek seksual selain mengakui sukar untuk membendung imaginasi segelintir lelaki.

Boleh tak henti ‘melvcah’ semua benda?

Screenshot 2022 11 30 at 9.45.14 PM

Normal la makan sushi macam tu

Screenshot 2022 11 30 at 9.46.15 PM

Geram je! Punca lelaki lain kena tempias

Screenshot 2022 11 30 at 9.46.45 PM

Screenshot 2022 11 30 at 9.47.59 PM

Sementara itu, Fiena turut meninggalkan komen pada ciapan tersebut dengan mengakui bahawa dirinya seolah-olah menjadi trauma selepas membaca komen diberikan segelintir lelaki terbabit.

Hai.. saya pemilik video

“Sejujurnya, semua komen itu membuatkan saya sangat trauma dan berasa tidak yakin dengan mulut saya,” kata wanita berusia 24 tahun itu.

Sumber: Twitter ericsofiee

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*