Shah Rukh Khan tunai umrah pertama kali… peminat sebak dan menangis

Shah Rukh Khan tunai umrah pertama kali… peminat sebak dan menangis

SRK ambil peluang tunai ibadah umrah selepas jalani penggambaran di Arab Saudi.
BINTANG terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dilihat mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali pada Khamis.

Video SRK memakai ihram di Tanah Suci Makkah tular dan rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira kerana impian pelakon itu akhirnya termakbul.

553

“Saya sangat gembira melihat Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah. Semoga doa dan ibadah kamu diterima Allah.

“Saya rasa mahu menangis melihat video ini.

“Sebab itu wajah dia bersinar dalam temu bual baru-baru ini. Semoga Allah terima ibadahnya,” komen netizen.

Memetik laporan Hindustan Times, pelakon itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem berjudul Dunki di Arab Saudi dan dia turut menghadiri Festival Filem Laut Merah baru-baru ini.

553 1

Menerusi video yang tular itu, SRK juga dilihat mendapat kawalan ketat beberapa orang pengawal peribadi sebelum masuk ke Masjidil Haram.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*