Nak Basuh Baju, Pelanggan Terperanjat Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Nak Basuh Baju, Pelanggan Terperanjat Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Seorang pelanggan yang mahu membasuh baju menggunakan pusat dobi layan diri dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan yang menggerunkan di dalam mesin basuh.

Bertempat di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Johor, pelanggan berkenaan terperanjat apabila menemui seekor ular sawa berada di dalam mesin basuh dan segera menghubungi pemilik premis berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Mohd. Jamal, pemilik pusat dobi itu kemudiannya telah membuat panggilan kecemasan kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor pada jam 9.41 pagi.

Screenshot 2022 10 30 at 6.48.11 PM

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, tiga orang anggota Bomba dari BBP Larkin dan diketuai oleh Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, KUP Mohd. Ali Mat segera dikejarkan ke lokasi.

Screenshot 2022 10 30 at 6.48.21 PM

Tiba di lokasi, pasukan Bomba mendapati terdapat seekor ular sawa berlingkar di dalam salah satu mesin basuh di pusat dobi layan diri itu.

Screenshot 2022 10 30 at 6.48.32 PM

Anggota-anggota Boma segera bertindak menangkap ular sawa yang dianggarkan berukuran enam kaki dan 20 kilogram itu dengan menggunakan peralatan penjerut. Ular itu pula tidak bertindak agresif apabila ditangkap oleh anggota Bomba.

VIDEO:

Meskipun hairan dan tertanya-tanya bagaimana ular itu boleh berada di kawasan itu, anggota Bomba kemudiannya membawa ular itu ke tempat yang jauh dan melepaskannya kembali ke habitat.

Sumber : sajagempak 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*