
Tertidur waktu ‘live’, ramai terpesona lihat kecantikan Vida
Nama Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak pernah lekang daripada gosip industri hiburan tanah air meskipun beliau seorang usahawan.
Malah, walaupun sering terpalit dengan pelbagai gosip, kita tak dapat menafikan dia salah seorang usahawan yang menjadi inspirasi buat orang ramai terutamanya wanita untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
Bagaimanapun, disebalik kejayaan yang dikecapinya selama ini, pasti akan ada penat lelahnya dalam membangunkan perniagaan kosmetik yang tidak pernah dilihat oleh orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Vida di laman TikToknya, dia yang tertidur sewaktu siaran langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut telah berjaya meraih perhatian netizen.
Tertidur pun cantik!
Kebiasaannya, tujuan usahawan yang berusia 51 tahun itu melakukan siara langsung di TikTok bersama pengikutnya adalah untuk membuat jualan produk kosmetiknya itu yang dijual secara dalam talian.
Namun begitu, Vida yang tertidur sewaktu siaran langsung telah mencetuskan reaksi netizen yang memuji usahawan tersebut memiliki kecantikan yang luar biasa.
Semoga Dato diberi kesihatan baik selalu
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa bimbang mereka apabila melihat wajah kepenatan usahawan tersebut dan mendoakan agar Vida sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta segala urusannya dalam mencari rezeki sentiasa dipermudahkan selalu.
Sumber: TikTok datoserividaofficial
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply