Dulu Viral Tukar Jantina Dari Perempuan Ke Lelaki, Pemuda Kini Selamat Bernikah
Aprilio telah menukar nama dan jalani operation jantina
Terdahulu, tular seorang pemuda Indonesia bernama Aprilio Perkasa Manganang tentang isu status jantinanya akibat mengalami kecacatan pada organ reproduksi. Difahamkan jejaka berkenaan telah dilahirkan semula jadi sebagai lelaki namun mengalami hipospadia. Setelah dikenal pasti memiliki alat kelamin perempuan bersandarkan kepada ciri fizikal, akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Dia bersyukur kerana pasangan boleh terima segala kekurangan diri
Dalam pada itu, Aprilio dikatakan telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya iaitu Claudia sekitar awal tahun lalu. Dia turut berkongsi detik bahagia tersebut menerusi laman Instagram dan masing-masing dilihat cantik berbusana tema sedondon. Menerusi portal Harian Metro, jejaka berkenaan sempat meluahkan rasa syukur sekaligus berterima kasih kepada pasangan dan keluarga kerana sudi menerima segala ketidaksempurnaan diri.
Selamat menempuh hidup baru anakku
Baru-baru ini, pemuda berkenaan sekali lagi berkongsi perkhabaran gembira di mana telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Claudia. Upacara penyatuan dua hati yang dilakukan secara outdoor itu dilihat begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga yang turut sama-sama menjayakan majlis berkenaan.
Kredit: Instagram Manganang92, TikTok elizvanrhyn & Portal Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply