
Penghadang mainan fun fair ikat dengan tali? Abang mangsa buat ‘spot check’, besi nampak berkarat dan lusuh
Salah seorang mangsa Sotong Ride yang tercampak ketika bermain di sebuah fun fair di Puncak Alam.
TRAGEDI di tapak permainan pesta ria (fun fair) di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor pada Isnin malam menggemparkan media sosial hingga ramai yang mula kecut perut untuk berhibur di lokasi seperti itu.
Akibatnya tiga pengunjung terdiri daripada dua wanita dan seorang kanak-kanak tercampak daripada salah satu permainan dikenali sebagai ‘sotong rider’.
Susulan itu seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif, dipercayai ahli keluarga kepada dua mangsa berkongsi sebuah video dan beberapa foto menunjukkan keadaan adiknya yang tercedera.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dengan kesan calar dan luka kecil di wajah serta anggota badan berada di dalam sebuah ambulans.
Menerusi perkongsian lain, Saiful berkongsi foto adiknya sedang terbaring di katil hospital.
“Keadaan adik saya… Kakak saya okey (selamat) tak ada apa,” kata Saiful.
Selain berkongsi perkembangan terbaharu keadaan adiknya, Saiful turut memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan permainan ‘sotong ride’ yang dinaiki ketiga-tiga mangsa.
Jika diteliti pada gambar, permainan berkenaan tidak mempunyai ciri keselamatan lock ride yang baik selain besinya kelihatan berkarat dan lusuh seolah-olah sudah sekian lama tidak diselenggara.
Lebih mengejutkan apabila turut kelihatan tali berwarna merah diikat pada besi penghadang tempat duduk berhampiran kunci.
Tali berwarna merah diikat pada besi penghadang tempat duduk berhampiran kunci.
Hingga kini perkongsian Saiful meraih hampir 800,000 tontonan di TikTok.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan insiden yang menimpa mangsa.
Malah ramai dalam kalangan netizen menasihatkan Saiful mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali fun fair berkenaan kerana didakwa mengabaikan ciri keselamatan kepada pengunjung.
Keadaan adik Saiful setelah mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Jelasnya siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply