Usahawan Kelantan kelam kabut cari towing, panik Lamborghini ‘ditelan’ banjir

Usahawan Kelantan kelam kabut cari towing, panik Lamborghini ‘ditelan’ banjir

Tidak dapat dinafikan, ramai yang terkesan teruk akibat bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri terutamanya di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu sehinggakan banyak harta benda musnah ditenggelami air banjir.

Tidak terkecuali, menerusi hantaran IG story yang dimuat naik oleh usahawan muda produk minuman kesihatan dari Kelantan iaitu Ayunie, dia memaklumkan menerima nasib yang sama seperti penduduk yang lain.

Dalam perkongsian itu, dia dilihat bertungkus lumus memindahkan kereta Lamborghini kesayangannya ke lokasi yang lebih tinggi memandangkan dia kini sedang bercuti di Indonesia.

Screenshot 2022 12 19 at 12.54.37 PM

“Yuni mencari towing kawasan KB sekarang jug untuk sebiji Lambo. Dekat Pasir Tumboh Kota Seribong, Yuni bayar sekarang,” ujarnya.

Bagaimanapun, usahawan yang berusia 19 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila dia dapat menemui ‘towing’ yang membawa kenderaan mewahnya itu ke kawasan yang lebih selamat.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat dan rakan kerja yang telah banyak membantunya dalam memindahkan kereta kesayangannya itu meskipun melalui pelbagai dugaan serta halangan.

“Selepas berjam-jam bertungkus lumus nak keluarkan Lamborghini, alhamdulilah lepas jugak. Dua hingga tiga kai tukar ‘towing’ sebab air dalam sangat banyak ‘towing’ tak lepas.

“Terima kasih sahabat-sahabat yang bantu dan staf. Semoga dalam jagaan Allah selalu. Tuhan je tahu hati tadi panik semua. Tak putus doa sebab awal-awal tadi semua ‘towing’ dah tolak.

“Orang pun beritahu tak boleh masuk dah, bila ‘towing’ boleh masuk air pula makin naik dah paras tayar Lambo.Waktu itu hanya doa Allah, alhamdulilah Allah maha berkuasa,” katanya lagi.

Screenshot 2022 12 19 at 12.54.45 PM

Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan tidak jangka sama sekali air banjir akan naik mendadak dan berharap musibah ini akan reda serta keadaan kembali seperti sedia kala.

Screenshot 2022 12 19 at 12.56.30 PM

Sumber: Instagram ayunieso_

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*