Mahu nampak segar, Safiey Illias tukar nama ke Nurwanita Betyna

Mahu nampak segar, Safiey Illias tukar nama ke Nurwanita Betyna

Usahawan kontroversi, Safiey Illias kembali dengan semangat baharu apabila menjenamakan semula dirinya setelah mengharungi beberapa cabaran untuk terus bangkit meneruskan kehidupan.

Sehingga ke hari ini, sudah seminggu Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias menggunakan Nurwanita Betyna sehinggakan dia turut membuat akaun baharu ‘nafas baharu’ di laman sosial TikTok dan Instagram.

32918579 2089454814415501 7491808636637806592 n 1023x1536 1

“Nama baru saya Nurwanita. Selepas ini panggil saya Nurwanita tau! Sedap tak nama ni dengan saya?”tanya soal.

Dalam pada itu, usahawan berusia 28 tahun menjelaskan kehilangannya selama ini disebabkan sedang melalui fasa bertenang, bukannya gagal dalam perniagaan seperti dakwaan ramai pihak.

Tambahnya, dia kini dalam proses melakukan penjenamaan semula untuk tampil dengan konsep baharu menjelang tahun 2023 selain berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan perniagaan.

“Doakan saya boleh bangkit dalam bisnes dan buat yan terbait! Saya tak kuat, tapi saya akan teruskan juga. Semuanya saya bermula daripada bawah,”katanya.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Nak fokus bisnes, malas fikir soal cinta

Sementara itu, usahawan yang juga seorang pelatun lagu berjudul Syinta Gila menjelaskan yang dia kini mahu fokus kepada diri sendiri dan perniagaan.

“Sekarang nak fokus kepada bisnes saya sahaja. Cinta-cinta ini kita letak tepi sebab mood bipolar tengah fasa manic.. So segala benda, kita tolak ke tepi,”ceritanya.

Screenshot 2022 12 21 at 10.25.52 PM

Safiey berkata, dia mahu elakkan diri daripada bercinta kerana tidak mahu menyakiti perasaan orang lain sebaik sahaj memikirkan soal kesihatannya kini.

Sumber: TikTok nurwanita94Gempak (Izwan Isa)“>

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*