Berkongsi banyak organ, doktor akui sukar pisahkan kembar siam ini

Berkongsi banyak organ, doktor akui sukar pisahkan kembar siam ini

Kembar siam ini tidak akan dipisahkan.

KELAHIRAN kembar siam di Hospital Universiti Mansoura, Mesir, mengejutkan doktor kerana memiliki empat tangan, dua kaki dan dua kepala.

Sembilan bulan sebelum kelahiran kembar tersebut, kehamilan wanita yang tidak dinamakan itu dianggap sebagai konvensional.

Difahamkan, ibu kepada bayi itu telah menjangka kelahirannya sebagai kembar siam.

553

Dari bahagian batang tubuh ke bawah, mereka kelihatan seperti seorang bayi, tetapi dari atas, mereka masing-masing mempunyai dua tangan, kepala dan leher tersendiri.

Kembar itu dilahirkan secara pembedahan caesarean (c-section) dan jantina mereka masih belum didedahkan.

Doktor juga beranggapan kembar itu berkongsi terlalu banyak organ pada bahagian dada, sekali gus menyukarkan usaha untuk memisahkan mereka.

Mereka kini telah dipindahkan ke hospital kanak-kanak pakar untuk meneruskan rawatan. – Daily Star

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*