Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran… Awas, KKM akan ambil tindakan!

Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran… Awas, KKM akan ambil tindakan!

Video tikus sedang menjamah ayam goreng di sebuah restoran, tular di Twitter.

HAJAT dua pelanggan di sebuah restoran untuk menjamu selera terbantut apabila melihat seekor tikus besar sedang menjamah ayam goreng yang dijual di premis tersebut.

Menerusi video yang tular sejak pagi Jumaat, saksi bersama seorang individu sedang menikmati nasi berlauk sebelum ternampak tikus berkenaan berada di tempat pemanas makanan.

“Depan mata sendiri. No more makan mamak, janji,” tulisnya menerusi keterangan video yang mendakwa ia berlaku di sebuah restoran mamak.

Posting yang dimuat naik di Twitter kira-kira pukul 5 pagi Jumaat itu meraih lebih sejuta tontonan dan diulang kicau lebih 5,000 kali.

Di ruangan komen, netizen menyarankan individu berkenaan agar membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Malah, ramai yang turut menyuarakan rasa geli dan bimbang apabila isu kebersihan dipandang ringan oleh segelintir pengusaha restoran.

Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

“Makan di kedai mamak adalah pilihan terakhir bagi aku kalau dah takda kedai lain. Aku dah lama cancel kedai mamak sebab macam ni.

“Comel haiwan ‘peliharaan’ owner kedai dalam akuarium tu siap bagi makanan sedap, ayam goreng sama macam dia jual tu.

“Kita nak beli ayam mamak punyalah mahal. Dia dapat makan free je,” tulis pelayar Twitter secara sinis.

Beberapa pelayar Twitter turut berseloroh dan mengaitkan kehadiran tikus itu seperti filem animasi tahun 2007, Ratatouille.

1874529

KKM mahu mengambil tindakan lanjut susulan video yang tular.

Dalam pada itu, video berkenaan turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meminta individu terbabit supaya membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” tulis pengendali laman Twitter KKM.

Sehingga kini, pemilik video tidak memuat naik sebarang maklumat mengenai nama restoran mahupun lokasi kejadian itu berlaku.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*