Nadia Brian bengang, imej seksi lebih ‘menonjol’ berbanding kerjaya

Nadia Brian bengang, imej seksi lebih ‘menonjol’ berbanding kerjaya

Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa tidak puas hati apabila imej seksinya menjadi perhatian sehinggakan ia menjadi topik hangat yang sering dipertengahkan dalam sesebuah artikel hiburan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nadia di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa terkilan kerana penampilannya sering menjadi bahan berita berbanding dengan kerja kerasnya untuk membina nama sebagai penggiat seni dalam dunia hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

“Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi sempat menitipkan ucapan terima kasih buat para penyokongnya yang tidak pernah serik memberi sokongan kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

“Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya.

Netizen setuju dengan Nadia!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu memandangkan dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia hiburan.

Screenshot 2022 12 26 at 11.55.31 AM 768x137 1

Screenshot 2022 12 26 at 11.55.41 AM 768x131 1

Teruskan kuat Nadia

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan kata-kata semangat buat Nadia supaya terus diberi kekuatan dalam mengharungi segala dugaan sebagai penggiat seni tanah air.

Untitled 2

Sumber : ohmymedia Instagram nadia.brian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*