Beto Kusyairy tunai umrah bersama isteri, mohon urusan ibadah dipermudahkan

Beto Kusyairy tunai umrah bersama isteri, mohon urusan ibadah dipermudahkan

Pelakon hebat Beto Kusyairy berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Tisha Sahar kelmarin.

Menurut laporan Kosmo! Online, pemilik nama lengkap Nurkusyairy Zakuan Osman itu memohon doa orang ramai supaya urusannya dipermudahkan sepanjang berada di sana.

IMG 20221227 205738 466 768x1016 1

“Bismillah Allahuakbar. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. “Ampun maaf bagi segala salah silap saya selama di sini.

“Mohon doakan kelancaran dan segala ibadah diterima serta mendapat keberkatan-Nya. Ada umur kita jumpa lagi,”

kata pelakon berusia 42 tahun itu.

Sementara itu, rakan artis seperti Zahiril Adzim dan Azhan Rani turut dilihat berada di lapangan terbang mengiringi perjalanan pelakon filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau itu ke Tanah Suci.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)

“Mengambil berkat menghantar sahabat beto_kusyairy & tishashahar menjadi tetamu Allah. Selamat pergi dan selamat pulang, semoga mabrur!

“Semoga dapat kita semua berkumpul di Tanah Suci tak lama lagi. Amin,” tulis Zahiril.

321694923 1356931565074696 6887255982550106370 n 768x800 1

Difahamkan, rakan mereka yang juga pelakon popular Datuk Adi Putra turut berangkat menunaikan ibadah umrah kelmarin.

Menerusi pemerhatian, Beto dipercayai telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya berkemungkinan untuk memfokuskan diri bagi melakukan ibadah.

SumberKosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Zahiril Adzim

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*