Netizen tergamam Tokti beli rumah mewah pertama di Dubai -“Alhamdulilah, rezeki dia!”

Netizen tergamam Tokti beli rumah mewah pertama di Dubai -“Alhamdulilah, rezeki dia!”

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti tidak asing dalam dunia hiburan. Mana tidaknya, beliau sering dijadikan idola ramai dengan pencapaiannya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Pun begitu, baru-baru ini, Tokti menjadi bualan hangat netizen apabila dia dipercayai membeli sebuah rumah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Tokti, dia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehnya itu dan dalam video terbabit, kelihatan penyanyi yang berusia 43 tahun tersebut bersama dua orang anaknya sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan.

Screenshot 2022 12 28 at 10.03.14 AM 768x1344 1

WhatsApp Image 2022 12 28 at 9.38.55 AM 768x1314 1

Tahniah Mak Iti atas penpaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian awak. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.

“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Awak benar-benar layak untuk semua kerja keras awak selama ini.

“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya berseloroh.

Alhamdulilah, berkat usaha Tokti!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.

Screenshot 2022 12 28 at 9.53.24 AM 768x405 1

Screenshot 2022 12 28 at 9.54.04 AM 768x553 1

Tahniah Tokti

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan tahniah buat penyanyi itu dan ramai mengimpikan rezeki seperti yang dimilikinya.

Screenshot 2022 12 28 at 9.55.11 AM 768x177 1

Screenshot 2022 12 28 at 9.56.00 AM 768x471 1

Sumber: TikTok watieysoong, Instagram ctdk, asyrafkhalid

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*