Pelakon sambilan pandu kereta ‘zigzag’ hingga awek tercampak keluar ditahan polis

Pelakon sambilan pandu kereta ‘zigzag’ hingga awek tercampak keluar ditahan polis

Video tular yang dikongsikan satu akaun Facebook memperlihatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), sebelum kemalangan telah menjadi perbualan netizen di media sosial.

Penumpang tercampak keluar

Lebih parah lagi, tindakan tersebut membuatkan seorang wanita yang juga penumpang kenderaan berkenaan tercampak keluar di tengah jalan dan hampir menjadi mangsa langgar.

KLIK VIDEO DISINI

Menukar lorong secara zigzag

Susulan daripada itu, menerusi laporan Harian Metro, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang pelakon tambahan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kemalangan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan,

“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya.

MOHAMAD FAROUK ESHAK re

Bertengkar dalam kereta

Disebabkan pelamggaran tersebut, kekasih kepada pelakon berkenaan yang berusia 25 tahun telah tercampak keluar namun hanya mengalami cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.

“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.

“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan,” katanya.

IMG 8686 768x1024 1

Video berdurasi 42 saat memperlihatkan pemandu Myvi memandu dalam keadaan membahayakan sehingga berlaku perlanggaran dan seorang penumpang tercampak keluar telah menjadi perhatian ramai.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*