Saya Nak Anak Tapi Tak Nak Berkahwin Dan Jalin Hubungan Dengan Ibunya – Salman Khan

Saya Nak Anak Tapi Tak Nak Berkahwin Dan Jalin Hubungan Dengan Ibunya – Salman Khan

Selebriti terkenal Bollywood, Salman Khan mengaku dia teringin memiliki zuriat pada usianya yang kini bakal memasuki 57 tahun.

Bagaimanapun, pemilik nama Abdul Rashid Salim Salman Khan memberitahu dia tidak mahu berkahwin atau mempunyai sebarang hubungan dengan ibu kepada cahaya matanya nanti.

Salman Khans 600x337 1

“Saya mahu anak tetapi tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan ibunya nanti.

“Tapi, seorang anak pasti perlukan seorang ibu. Tanpa ibu, anak takkan ada,”ujarnya dalam satu sesi temu bual program Mumbai Mirror.

article 20194908101329413000

Salman berkata, dia juga sudah membuat persediaan awal seperti mempunyai tempat sesuai untuk mengasuh anaknya tanpa memerlukan bantuan seorang isteri.

“Rasanya tiada masalah jika anak saya tiada ibu sebab saya dah sediakan tempat untuknya nanti,”katanya.

Salman Khan 1672067411553 1672067411831 1672067411831 600x337 1

Meskipun Salman tidak pernah memiliki zuriat dan masih belum berkahwin sehingga kini, dia sangat terkenal dengan sikap penyayang terhadap kanak-kanak.

Sekadar info, dia pernah menjalin hubungan percintaan dengan beberapa wanita seperti Somy Ali (dari 1991 hingga 1999) dan model Sangeeta Bijlani (hampir berkahwin).

Bahkan, dia juga pernah terpalit kontroversi bercinta dengan rakan selebriti seperti Aishwarya Rai, Katrina Kaif dan Iulia Vantur. Bagaimanapun, Salamn tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung kontroversi berkenaan

Sumber : borakdaily

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*