
Cantik persis anak patung, Fatin Afeefa bernikah dengan kekasih jutawan?
Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati dikenali Aliff Awang hari ini dan majlis pernikahan mereka dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Perkara itu dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab mencantikkan pengantin perempuan bagi menaikkan seri seorang raja sehari pada hari bersejarah tersebut.
“Fatin Afeefa, congrats dear!”tulis Alha Alfa.
Selain itu, Alha juga memuat naik gambar di laman Instagram miliknya memaparkan aktres berusia 28 tahun yang memakai busana serba putih berserta manis bertudung.
“Terima kasih gunakan khidmat saya. Suka tak?”tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Segaknya pengantin lelaki!
Sementara itu, menjengah ke laman Instagram jejaka pilihan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin kelihatan dia segak bergaya di hadapan cermin dengan berpakaian lengkap baju melayu serba putih.
Bagaimanapun, masih belum sebarang kenyataan daripada Fatin Afeefa sendiri mengenai pernikahan tersebut.
Sekitar November lalu, aktres itu pernah memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin.
Untuk rekod, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkahwin dengan Adam pada 2013, namun berpisah empat tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: Instagram wbas.phto,alhaalfa, diariseorangtrader
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply