Gempar! Pegawai kastam terkejut temui kepala budak dalam kotak, dikirim kepada selebriti wanita AS

Gempar! Pegawai kastam terkejut temui kepala budak dalam kotak, dikirim kepada selebriti wanita AS

Kepala budak lelaki ditemui di dalam kotak yang dialamatkan kepada seorang selebriti wanita AS.

KEPALA milik seorang budak lelaki ditemui di dalam sebuah kotak ketika ia melalui pemeriksaan rutin bungkusan oleh kastam Argentina.

Isi kandungan kotak berkenaan yang dikirim dari Argentina dan dialamatkan kepada seorang selebriti terkenal di Amerika Syarikat (AS), dikesan ketika diimbas semasa transit di Monte Grande, Buenos Aires.

553 2

Pihak berkuasa mengesan terdapat tulang manusia di dalam bungkusan tersebut.

Selepas membuka kotak berkenaan, mereka menemui topeng Spider-Man bersama-sama kepala budak lelaki yang dibalut kemas menggunakan kain kasa.

Berdasarkan kepala tersebut, dianggarkan mangsa berusia antara sembilan hingga 12 tahun dan mungkin telah lama mati sehingga membolehkan mayatnya menjadi mumia.

Syarikat pos, Correo Argentino melaporkan kepala itu dipenggal dengan ‘sempurna’ dengan sisa rambut berwarna merah masih kelihatan.

Kotak itu difahamkan dialamatkan kepada seorang selebriti wanita di AS yang dikenali kerana mengambil bahagian dalam beberapa program realiti televisyen.

Pengirim kotak tersebut pula dikatakan menggunakan identiti palsu.

Pihak berkuasa Argentina kini sedang menyiasat sama ada selebriti berkenaan meminta bungkusan itu dihantar atau ia dikirim tanpa pengetahuannya.

Kepala tersebut telah dihantar ke Jabatan Jenayah Fiskal Argentina berikutan campur tangan daripada Mahkamah Jenayah Ekonomi Negara.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*