Hari pertama sekolah, Puteri Sarah harap anak2 belajar di ‘oversea’ jadi doktor

Hari pertama sekolah, Puteri Sarah harap anak2 belajar di ‘oversea’ jadi doktor

Hampir dua minggu berada di negara Matahari Terbit, pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana akhirnya pulang ke Tanah Air dan berkongsi momen tersebut di Insta Story miliknya.

Baru sahaja pulang dari Jepun

Menerusi muat naik yang dibuat oleh isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof, memaklumkan yang dia sudah kembali ke Malaysia dan masih mengalami jetlag berikutan perubahan waktu serta kurang istirehat.

IMG 8801 768x1352 1

Akan terus masuk set pengambaran

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan gambar anak perempuannya Sumayyah yang dilihat sedang berehat setelah tiba di rumah.

Pelakon itu juga memakumkan yang dia akan terlibat dalam pengambaran drama terbaru serta meminta orang ramai mendoakan kesembuhan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Ismail yang sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Snapinsta.app 1080 321039387 681670083451402 686898719666614417 n 1 768x960 1

Anak2 hari pertama pergi sekolah

Dalam muat naik terbaru Puteri Sarah awal pagi tadi, dia telah berkongsi gambar anak-anaknya hadir ke sekolah pada hari pertama disamping terlihat ceria bersama tenaga pengajarnya.

Dalam kapsyen yang disertakan, dia berdoa supaya suatu hari nanti impiannya melihat kedua-dua anak tersayang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran tercapai.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan dua orang anaknya iaitu Shaikhul Islam dan Sumayyah baru pulang dari bercuti ke Jepun.

Pelakon yang rumah tangganya sedang hangat diperkatakan itu telah terbang ke Jepun sekitar hujung tahun lalu dan menyambut tahun baru disana.

Sebelum terbang ke luar negara, dia ada memuat naik beberapa kenyataan di Insta Story memberi bayangan bahawa suaminya telah berkahwin dengan seorang wanita lain dan berjanji akan menyelesaikan kemelut tersebut sekembalinya ke Tanah Air.

Sumber: Instagram Puteri Sarah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*