Bersalin tanpa ditemani, wanita sedih suami tak endah mesej minta azankan bayi

Bersalin tanpa ditemani, wanita sedih suami tak endah mesej minta azankan bayi

Seorang influencer wanita telah meluahkan rasa hati apabila mengenangkan nasib dirinya yang perlu melalui proses bersalin sendirian tanpa ditemani sesiapa.

Suami tiada menemani

Menerusi perkongsian influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia di aplikasi TikTok, dia telah memuat naik video ketika di katil wad bersalin sambil meninggalkan kapsyen berasa sedih apabila melihat para suami hadir menemani isterinya selepas bersalin, sedangkan dia tidak.

“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan & kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya sata kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya,” tulisnya.

Screenshot 2023 01 05 at 2.05.19 PM 768x383 1

Ditinggalkan suami dalam keadaan hamil

Dia juga memaklumkan yang suaminya langsung tidak mahu datang untuk mengazankan anaknya dan tidak membalas sebarang mesej yang dihantar, begitu juga mesej yang dihantar kepada ayah lelaki tersebut.

Menerusi kapsyen yang disertakan lagi,  dia menyatakan yang terdetik rasa cemburu apabila melihat kiri dan kanannya ada suami-suami yang menemani isteri tercinta.

“Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respon. Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak je. So tak adalah nanti fitnah sata kata saya tak bagi tengok.

Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua dan dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia. Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta, tak ada nafkah. Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk dari yang pertama kali ditinggalkan,” ujarnya.

Screenshot 2023 01 05 at 2.40.27 PM 768x1358 1

Rasa nak peluk kuat2

Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa simpati terhadap wanita itu.

Ada juga di antara mereka yang pernah mengalami nasib sama dan turut meninggalkan kata-kata semangat supaya influencer itu kuat serta tabah mengharungi dugaan ini.

IMG 8839 768x568 1

IMG 8840 768x601 1

IMG 8841 768x599 1

IMG 8843 768x715 1

Sumber: TikTok norsufiajohari

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*