
Bawa Anak 5 Bulan Naik Jetski, Netizen Sepakat ‘Sekolahkan’ Influencer Indonesia
Influencer Ria Ricis dan suaminya, Teuku Ryan menjadi bualan hangat ramai gara-gara membawa anaknya sulungnya, Moana menaiki jetski tanpa sebarang jaket keselamatan telah mencetuskan kemarahan ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ria Ricis di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah video menaiki sebuah jetski bersama suami dan puteri kesayangannya.
View this post on Instagram
Ria teruk kena kecam!
Apa yang menarik perhatian netizen, tindakan berani influencer tersebut yang membawa anaknya sekali menaiki jetski sambil didukung oleh suaminya telah mencetuskan kemarahan ramai.
Mana tidaknya, dalam video tersebut jelas kelihatan anaknya itu tidak memakai sebarang jaket keselamatan malah, ramai yang meluahkan rasa hairan dimana letaknya perasaan bimbang Ria sebagai seorang ibu terhadap anaknya.
Bahayanya macam itu
Bukan itu sahaja, tindakan influencer dan suaminya itu secara tidak langsung telah membahayakan nyawa anaknya kerana kita tidak mengetahui bila kejadian malang akan berlaku.
Sebaiknya, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh Ria Ricis dan suami memandangkan mereka perlu melindungi anknya daripada sebarang insiden yang mendatangkan bahaya.
Sumber: Instagram riaricis1795
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply