
Padah Buang Halkum! Lucinta Masuk Hospital, Tekak Keluar Cecair Merah
Penyanyi dan personaliti media sosial ‘transgender’ tersohor Indonesia, Lucinta Luna terpaksa dikejarkan ke Hospital Mayapada Lebak Bulus, Jakarta kerana mengalami pendarahan pada bahagian tekak dan bengkak di gusi.
Perkara itu dikongsikan oleh Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah menerusi beberapa hantaran di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran berkenaan, Lucinta juga melaporkan dia turut mengalami kesukaran untuk makan dan minum
“Ya Allah, semoga aku boleh makan dan minum dengan normal lagi, Ya Allah. Sekarang sedang fisioterapi dengan doktor,”katanya.
Dalam pada itu, selebriti berusia 34 tahun itu mengatakan fisioterapi tersebut dilakukan bagi menghalang saraf pada anggota lain turut bengkak sekali.
Malah, bahagian tekak Lucinta juga mengeluarkan cecair merah, selain ujian platelet dan leukosit yang masih tidak normal.
Muka terpaksa bengkak sekali lagi…
Seterusnya, pelatun lagu berjudul Bobo Di Mana mengatakan wajahnya terpaksa alami bengkak buat sekian kalinya akibat kesan daripada pengeluaran cecair di bahagian gusi.
View this post on Instagram
Kesan bedah buang halkum ke?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengaitkan kesakitan yang dialami oleh Lucinta dengan kesan pembedahan plastik dan pembuangan halkum yang dilakukannya beberapa bulan lalu.
Terdahulu, Lucinta menjalani pembedahan membuang halkum bagi menghilangkan suara garaunya sebagai seorang lelaki di salah sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, dia juga telah banyak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya semata-mata untuk menampakkan dirinya seperti seorang wanita yang sebenar sehingga sanggup menghabiskan duit jutaan ringgit.
Sumber: Instagram lucintaluna_manjalita
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply