Saling berbalah di IG story, Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa

Saling berbalah di IG story, Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa

Pelakon, Izreen Azminda yang sejak pagi tadi seakan ‘panas’ dengan seseorang nampaknya masih memuat naik beberapa hantaran di Insta Story seakan ditujukan kepada individu tersebut.

Dalam perkongsian terbarunya, dia dengan berani menyebut nama bekas madunya iaitu Intan Saleh yang turut sama berkongsi beberapa kenyataan di media sosial.

Berbalas kenyataan di IG story

Menerusi muat naiknya, pelakon drama berkenaan telah mengajak Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan antara mereka yang saling berbalas kenyataan di Insta Story.

“Kali ni meh la kita jumpa. Aku nak rekod sesiap supaya takdak plot twist cerita. Okay. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan. Bawa suami sekali Kita coffee-coffee. berani kerana benar,” tulisnya.

IMG 8996 768x1368 1

Beri amaran kepada Intan

Isteri kepada pemuzik, Ude Wahid itu juga mengatakan jika bekas madunya itu sudah move on pastinya tidak membuat hantaran yang menyentuh pihaknya terutama sekali di media sosial.

Jadi, dia memberi peringatan suapaya Intan tidak terus melakukan hal sebegitu kerana ia terlihat negatif dan boleh membuka aib sendiri.

IMG 8997 649x1024 1

Punca sebenar belum diketahui

Perkongsian tersebut susulan daripada luahan-luahan yang dibuat merujuk kepada Intan Saleh pada pagi tadi. Mereka juga saling berbalas kenyataan di Insta Story termasuklah Ude.

Walau bagaimanapun, punca utama mereka bertelagah masih tidak dapat dipastikan kerana masing-masing seakan menyebut perihal ‘aib’ dan tidak menyatakan hal sebenar.

Snapinsta.app 1080 323918517 702835921242347 4395704803169573685 n 768x960 1

Untuk rekod, pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkat itu telah bernikah dengan Ude Wahid pada Ogos 2017 yang ketika itu sudah beristeri.

Walau bagaimanapun, Ude telah berpisah dengan bekas isterinya, Intan Liana Saleh pada 2018. Hasil perkahwinan pertama, dia telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber: Instagram Izreen Azminda

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan