Lincah bermain badminton, tiba-tiba rebah tengah gelanggang… Lelaki maut kerana serangan jantung

Lincah bermain badminton, tiba-tiba rebah tengah gelanggang… Lelaki maut kerana serangan jantung

Lelaki tersebut rebah tiba-tiba ketika sedang bermain badminton.

PERKONGSIAN mengenai berita kematian mengejut akibat masalah berkaitan jantung ketika bersukan atau melakukan aktiviti lain banyak kali dipaparkan.

Ada yang rebah tiba-tiba ketika bersenam di gimnasium, ketika berada di pusat beli-belah dan sebagainya.

553 1 1

Dalam satu video yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang lelaki meninggal dunia kerana masalah yang sama, ketika sedang berada di gelanggang badminton.

Lelaki tersebut aktif dan lincah seperti biasa bermain badminton secara beregu dengan tiga rakannya yang lain.

Secara tiba-tiba, dia rebah di tengah-tengah gelanggang dan rakan-rakannya bergegas menghulurkan bantuan.

553 5

Difahamkan, insiden itu berlaku pada 2 Januari lalu di Muscat, Oman.

The Times Of Oman dalam laporannya menyebut bahawa lelaki berkenaan mengalami serangan jantung yang menjadi punca kematiannya.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*