Wanita menyanyi lagu dangdut semasa acara keagamaan, kaum lelaki bersongkok pun terhibur – “Tanda-tanda akhir zaman”

Wanita menyanyi lagu dangdut semasa acara keagamaan, kaum lelaki bersongkok pun terhibur – “Tanda-tanda akhir zaman”

Wanita tersebut tampil di hadapan sekumpulan jemaah lelaki dan menyanyi lagu dangdut.

VIDEO seorang wanita menyanyikan lagu dangdut di hadapan sekumpulan lelaki dalam sebuah majlis agama, menjadi tular sekaligus menimbulkan reaksi yang kurang senang daripada netizen.

Menerusi klip video yang dimuat naik laman Instagram kabarnegri, wanita tersebut yang kelihatan memakai pakaian berwarna hitam dan lengkap dengan tudung itu memegang pembesar suara sambil menyanyi lagu irama dangdut.

Kelihatan di hadapannya adalah kaum lelaki yang ramai di antara mereka memakai songkok.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku di Indonesia, namun pemilik akaun tidak menyatakan dengan tepat lokasi dan bilakah acara berkenaan diadakan.

553 3 1

Video berkenaan yang dimuat naik pada 11 Januari mencetuskan pelbagai tanda tanya dan reaksi netizen yang kurang senang apabila sebuah acara keagamaan disertai dengan nyanyian.

Apatah lagi seorang wanita bertindak kurang sopan dengan tampil menyanyi di hadapan sekumpulan lelaki.

“Dunia sekarang sedang kacau-sekacaunya.

“Tanda-tanda akhir zaman sudah semakin dekat.

“Pokok pangkalnya ia bukan ajaran Nabi Muhammad,” demikian antara komen netizen.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*