
Kamarool Yusoff tak galak anak masuk industri hiburan, ilmu kena tinggi sebelum jadi artis
MESKIPUN sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan, pelakon Kamarool Yusoff berkata dia tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menjejak langkah menjadi seorang penghibur.
Kamarool atau lebih mesra disapa Cik Man berkata, bergelar anak seni bukan mudah kerana perlu menempuh pelbagai rintangan dan cabaran.
Justeru itu, ia menjadi sebab dia tidak menggalakkan anak-anaknya menceburi bidang yang sama.
“Memang ada yang nak ikut jejak langkah seperti saya tapi saya tidak galakan untuk berada dalam industri, perkara itu biar Cik Man saja yang tahu.
“Sebenarnya industri seni memang bagus cumanya ilmu pembawakan itu perlu ada dan tinggi, kalau tidak tinggi kita akan mandi (habis).
“Pembawakan karekter tu penting walau apa jua sekali pekerjaan sekali pun, bukan mudah untuk jadi seorang penghibur sebenarnya sebab tu saya tak galakkan mereka ikut jejak langkah seperti saya,” kata Cik Man kepada mStar.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply