
Macho bergaya di mahkamah, Sharnaaz Ahmad ucap ‘selamat pagi’!
Pelakon kacak terkenal, Sharnaaz Ahmad hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi ini bagi kes dakwaan menendang dan menumbuk seorang penghuni kondominium di Segambut, Jun lalu.
Pelakon berusia 38 tahun itu tiba sekitar jam 9.35 pagi tadi dan kemudian terus ke Mahkamah Majistret bagi meneruskan perbicaraan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sewaktu tiba, pelakon filem Juvana ini sempat mengucapkan selamat pagi kepada rakan-rakan media yang sedang berkumpul di lobi mahkamah.
Terdahulu, nama Sharnaaz hangat menjadi bualan ramai apabila media melaporkan pelakon lelaki berusia pertengahan 30-an direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut.
Pelakon itu dilaporkan bertindak sedemikian selepas rakannnya yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.
Kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.
Sumber: Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply