Makin langsing, Fasha Sandha dipuji miliki bentuk badan persis Kareena Kapoor

Makin langsing, Fasha Sandha dipuji miliki bentuk badan persis Kareena Kapoor

Baru-baru ini, penampilan pelakon terkenal, Fasha Sandha sewaktu hadir ke sebuah gedung pakaian bersama suami telah meraih perhatian ramai.

Fasha pilih jubah di Alfaro bersama suami

Menerusi video dikongsikan oleh akaun TikTok irfan783837, kelihatan pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan yang memakai pakaian senam sedang memilih jubah di Alfaro bagi membuat persiapan menunaikan umrah.

Dalam hantaran berkenaan, turut kelihatan suami aktres kelahiran Pulau Mutiara iaitu Aidil Aziz.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Dah makin kurus! Nampak macam Kareena Kapoor

Perkongsian video berdurasi 11 saat itu telah menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet sebaik sahaja melihat penampilan Fasha sewaktu memilih jubah berwarna hitam kemewahan tersebut.

Netizen memuji bentuk fizikal pelakon drama Dendam Seorang Isteri yang kelihatan semakin langsing meskipun sudah memiliki tiga orang anak.

Bukan itu sahaja, penampilan Fasha juga disamakan dengan bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapoor berdasarkan bentuk tubuh dan rupa parasnya yang sentiasa jelita dan awet muda.

Screenshot 2023 01 18 at 9.23.42 AM 768x104 1

Ketatnya seluar…

Pun begitu, ramai di kalangan warga TikTok menegur seluar yang dipakai oleh Fasha yang dilihat sangat ketat sehingga menampakkan ‘aset’ wanita dengan jelas.

Malah, rata-rata mereka ada juga meninggalkan komen berbaur lucah selain mempertikaikan perasaan suami yang hanya membiarkan si isteri berpakaian sedemikian di khalayak ramai.

Screenshot 2023 01 18 at 9.54.03 AM 768x281 1

Screenshot 2023 01 18 at 9.54.23 AM 768x351 1

Screenshot 2023 01 18 at 9.54.59 AM 768x492 1

Baru balik dari gim terus pergi Alfaro lah!

Sementara itu, ada juga warganet menjelaskan Fasha berpakaian sedemikian kerana baru sahaja selesai melakukan aktivit senaman di gimnasium.

Screenshot 2023 01 18 at 9.59.22 AM

Majlis Alfaro bersama Fasha

Pun begitu, meninjau ke laman Instagram aktres jelita berkenaan, dia sempat berkongsi beberapa hantaran bersama pihak Alfaro dan juga ahli keluarga serta rakan kenalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Apa-apa pun, didoakan semoga Fasha sekeluarga mendapat umrah yang mabrur!

Sumber: TikTok irfan783837, Instagram fashasandha

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*