
Demi sesuap nasi, lelaki berbasikal sejauh 70km cari kerja… temui ajal di hentian bas
Basikal merah milik Chaimongkhon yang diletakkan di hentian bas.
SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di sebuah hentian bas selepas menunggang basikal sejauh hampir 70 kilometer untuk mencari kerja.
Kejadian berlaku di Isaan, Roi Et di Thailand.
Lelaki itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.
Balai Polis Mueang Roi Et dimaklumkan mengenai perkara itu oleh penduduk setempat di Baan Kiat Leung.
Lelaki berkenaan dikenali pasti sebagai Chaimongkhon Klaharn, berusia 47 tahun.
Di tempat kejadian, Chaimongkhon didapati terbaring di tempat duduk di hentian bas.
Terdapat kesan calar di bahagian muka dan badannya, serta sebuah basikal merah yang diletakkan berdekatan.
Penduduk setempat yang bertemu dengan Chaimongkhon sehari sebelumnya memberitahu polis, lelaki tersebut dilanggar oleh sebuah pikap.
Dia bagaimanapun enggan ke hospital untuk menerima rawatan, sebaliknya berkeras untuk berehat di hentian bas.
Chaimongkhon memberitahu penduduk bahawa dia telah berbasikal selama beberapa hari dari rumahnya di Yasothorn.
Tambahnya, apabila tiba di Khon Kaen dia akan berbasikal kira-kira 200 kilometer untuk mencari pekerjaan.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply