
Iman turun naik, Hannah Delisha mengaku sukar untuk kekal istiqamah
Pelakon dari Singapura, Hannah Delisha mengakui istiqamah bukan satu perkara yang mudah selepas tampil mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, justeru pelakon berusia 27 tahun itu enggan menghakimi rakan artis lain yang pernah mengambil keputusan supaya tidak lagi berhijab.
View this post on Instagram
Hannah berkata, tahap iman manusia disifatkan berubah-ubah dan dia pernah mengalami situasi dengan membandingkan penampilan sekiranya tidak berhijab seperti dahulu.
“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya.
View this post on Instagram
Pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu berkata, dia kini memahami maksud sebenar ‘semoga istiqamah’ ditinggalkan warganet sebelum ini pada posting selebriti yang nekad berhijrah.
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Sekadar info, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah yang juga aktor Singapura menerusi pendedahan pada 18 Februari 2021.
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita) , Instagram Hannah Delisha
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply