
Buaya ‘hantar’ mayat kanak-kanak mati lemas ke pangkuan keluarga, anehnya sempurna tanpa luka gigitan!
Seekor buaya ‘menghantar’ jasad seorang kanak-kanak yang mati lemas ke pangkuan keluarga.
TULAR di media sosial baru-baru ini video yang memaparkan seekor buaya ‘menghantar’ jasad seorang kanak-kanak yang lemas ke pangkuan keluarga mangsa.
Menerusi video tersebut, kelihatan buaya berkenaan ‘mengiringi’ mayat kanak-kanak malang itu ke pinggir sungai, sebelum diangkat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas bot.
ini videonya beredar di grup wa, anak tersebut hilang hari rabu, dan info warga sekitar, buaya tersebut mengantarkan anak itu ke permukaan. pic.twitter.com/FiXFxl0c6y
— juple (@pentolrebuss) January 20, 2023
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Ziyad Wijaya, 4, dipercayai hilang di perairan kawasan Muara Jawa, Kalimantan Timur di Indonesia.
Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di sekitar sungai yang terletak di belakang rumahnya pada 18 Januari lalu.
Bagaimanapun, kelibat mangsa kemudiannya tidak kelihatan, sebaliknya hanya mainan yang berada di lokasi kejadian.
Ahli keluarga mangsa cuba melakukan pencarian namun tidak berjaya sehinggalah mereka melihat seekor buaya berenang sambil membawa satu mayat manusia ke pinggiran.
Ternyata, jasad tersebut adalah kanak-kanak malang yang hilang sejak beberapa hari lalu.
Ajaibnya, mayat mangsa kelihatan ‘sempurna’ dan tidak mempunyai sebarang kesan luka atau bekas gigitan.
Kejadian aneh itu menjadi bualan netizen di media sosial dengan rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan kuasa Tuhan.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply