
Kembang tekak! Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek… mi pula selamba dilambak atas lantai!
Mi diproses tanpa mematuhi piawaian kebersihan.
BAGI penggemar mi, video yang menunjukkan proses pembuatan bahan itu di kilang sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu di media sosial pasti membuatkan anda kembang tekak.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pengguna bernama ChiragBarjatya memuat naik video memaparkan proses pembuatan bahan itu dari awal dengan pekerja mengendalikannya dengan cara yang paling menjijikkan.
Bermula daripada mengendali doh dengan tangan tanpa sarung, sehinggalah memasukkan adunan ke dalam bekas kotor dan meletakkannya di atas lantai, klip itu sekaligus membuatkan rata-rata yang menontonnya mual.
“Bila kali terakhir anda makan mi di tepi jalan?” demikian kapsyen yang mengiringi video tersebut.
Video yang dimuat naik pada Rabu oleh Chirag yang juga pengasas kelab kejurulatihan kecergasan sehingga kini telah menerima lebih daripada 400,000 tontonan.
Difahamkan, video dirakam di sebuah kilang pemprosesan mi di India, namun tidak dinyatakan lokasi secara tepat.
“Proses membuat mi paling bersih di dunia. Mi datang sekali dengan serbuk masala yang lazat dan cirit-birit.
“Bagaimana anda tahu ia hanya digunakan oleh penjual tepi jalan dan bukan oleh restoran lima bintang?
“Kenapa tepi jalan? Restoran pun mesti menggunakan yang sama, bukan?” demikian antara komen netizen.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply