Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Cerita Dipaksa Makan Babi, Diancam Guna Cota Elektrik

Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Cerita Dipaksa Makan Babi, Diancam Guna Cota Elektrik

Mohamad Farhan Azman menceritakan bagaimana peritnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar apabila dipaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.

Memetik laporan dari Berita Harian, pemuda berusia 20 tahun itu turut mengakui sering dipukul sekiranya cuba melawan selama 4 bulan sewaktu dalam cengkaman sendiket penipuan tersebut.

Wanita dijadikan hamba seks

Dia yang berjaya melarikan diri menjelaskan bahawa apa yang dilalui turut dirasai 15 lagi warganegara Malaysia di sana yang menjadi mangsa sama sepertinya.

Lebih menyedihkan, mangsa dari kalangan wanita bawah umur turut dijadikan hamba seks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 serta raifal.

“Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)…ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.

Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar,” katanya.

Dijanjikan kerja sebagai pengemas hotel di Singapura

Dia juga menceritakan bagaimana perjalanannya yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tiba di Bangkok pada 13 September tahun lalu sebelum bergerak menaiki pacuan 4 roda menuju ke sempadan Thailand-Myammar.

“Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.

“Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.

“Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua ‘askar’ bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan,” katanya.

Dipaksa jadi scammer, kerja 15 jam

Ujar Farhan lagi, dia telah bertindak sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa di Eropah dengan menawarkan produk harga murah sebelum ‘mengeringkan’ akaun mangsa yang menekan link palsu dari sindiket.

“Kami bekerja sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.

“Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ‘ link’ palsu yang diberikan, selepas sindiket mula ‘mengeringkan’ akaun bank mangsa,” katanya.

Sebenarnya, sebelum terjebak sebagai mangsa sindiket tersebut, pemuda berkenaan telah ditawarkan pekerjaan sebagai pengemas hotel di Singapura dengan gaji agak lumayan.

Mereka juga dijanjikan wang poket sewaktu tiba di Bangkok, namun semuanya berubah.

Untuk rekod, Farhan merupakan antara 6 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan sekitar Disember tahun lalu dan dibawa pulang atas bantuan kedutaan Malaysia.

Dia dan beberapa lagi mangsa telah dipaksa bekerja lebih 15 jam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal oleh sindiket tersebut sehingga berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan bagi pulang ke Tanah Air.

Sumber: Berita Harian (Mohamad Fahd Rahmat)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*