Korek kubur tengah malam, tegakkan mayat demi minyak dagu! Mangsa calitan kongsi cerita selepas tonton pendedahan ustaz

Korek kubur tengah malam, tegakkan mayat demi minyak dagu! Mangsa calitan kongsi cerita selepas tonton pendedahan ustaz

Proses penghasilan minyak dagu dibuat menggunakan mayat orang mati dibunuh atau wanita mati bersalin.

KISAH mengenai minyak dagu banyak diperkatakan dalam masyarakat kita, malah ia turut diangkat menjadi karya filem seram di negara ini.

Terbaharu, pendakwah terkenal, Ustaz Fauzi Mustafa turut mencuri perhatian ramai apabila dia tampil bercerita panjang lebar mengenai proses penghasilan minyak dagu.

Dalam pendedahan yang menyeramkan itu, Fauzi berkata minyak tersebut diambil daripada dagu mangsa bunuh atau wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak pertama.

“Minyak dagu ini tuan-tuan ialah minyak yang diambil daripada dagu orang yang telah mati. Nak tunggu orang mati dibunuh ataupun perempuan mati beranak sulung tu bukan hari-hari.

“Bayangkan pergi ke kubur tengah malam, nak buat apa? Nak korek kubur tersebut, lepas tu keluarkan mayat pula. Tengah-tengah malam, kemudian pasang api lilin. Tegakkan pula si mayat.

Proses mendapatkan minyak dagu dilakukan pada waktu malam, kata Fauzi.

“Kemudian letak kat dagu si mayat tadi tu, sampailah beberapa minit pecah kulit dagu, keluarlah minyak. Tak banyak pun. Satu, dua, tiga titis saja. Rumitnya,” ujarnya.

Tidak terhenti di situ, individu yang mahu mendapatkan minyak berkenaan kemudiannya perlu melakukan ritual pemujaan termasuklah menggunakan darah sendiri yang perlu dicampur.

“Lepas dapatkan minyak dagu tadi, pergi satu bilik, kita pun puja pula, proses pemujaan. Nak seru jin. Seru syaitan, seru khadam. Kenalkan identiti diri sebagai tuan.

“Darah kita pula, kena ambil kat jari ni, campurkan dengan minyak dagu. Bila tuan yang baharu, ada prosesnya pula.

“Bukan dapat macam tu je. Prosesnya, ambil darah kita, campur dengan minyak tadi, barulah dia taat pada kita. Sebab tu saya kata, banyak temberang sebenarnya,” tambah Fauzi lagi.

“Saya pernah terkena minyak ni dan tak boleh buat main siapa yang terkena calit. Kalau salah pergi berubat boleh jadi gila.

“Pernah jadi kat adik member. Jantan tu guna minyak dagu, 24 jam ikut jantan tu siap bawa balik rumah duduk macam laki bini. Last-last kami ambil bawa balik, Alhamdulillah ada cara nak pulihkan.

Selain proses di kubur, mereka yang terlibat juga akan membuat ritual pemujaan ke atas minyak dagu.

“Itu sebab minyak dagu kalau kena, lupa semuanya. Nak-nak tuan punya seru nama yang dia suka. Orang yang kena susah nak baik. Makan masa.

“Saya dari tak tahu proses ambil minyak dagu dah jadi tahu sekarang,” tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, amalan ini ditegah sama sekali dalam agama Islam, malah urusan jual beli minyak dagu juga adalah haram dan berdosa.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*