
Anak nak ajak main, tapi ibu terlantar kaku… Netizen sebak tengok rakaman terkini Jahidah Nordin mangsa keganasan suami
Anak Jahidah, Eshan Nufail bersama ibunya yang terlantar dalam keadaan koma.
Anak Jahidah, Eshan Nufail bersama ibunya yang terlantar dalam keadaan koma.
KISAH seorang wanita bernama Jahidah Nordin yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga hingga terlantar kaku dalam keadaan koma masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.Terbaharu adik mangsa iaitu Fauziah Nordin menerusi TikTok ziahzara15 berkongsi video anak saudaranya, Eshan Nufail bersama Jahidah yang terlantar.
“Nufail anak kakak nak manja dengan ibunya… tapi ibu tak dapat buat apa-apa,” demikian tulis Fauziah.
Momen itu ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Rata-rata bersimpati dengan nasib ‘anak ajab’ itu kerana dilahirkan ketika ibunya sedang koma.
Terdahulu Fauziah berkongsi video berkenaan bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut tentang status suami kepada Jahidah yang juga suspek, Rosmaini Abd Raof.
Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap suspek dan terus berdoa agar Jahidah segera diberikan kesembuhan.
Malah, ada juga di antara mereka yang berharap agar kes ini dibawa kepada pengetahuan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam untuk tindakan selanjutnya.
“Minta isteri TMJ fight untuk kes ni. Nampak lemah sangat undang-undang Malaysia.
“Walaupun dia bebas hukuman dunia dia tak akan lari hukuman di akhirat termasuk keluarga terbabit.
“Teruskan update pasal mangsa. Kasihan…pelaku bebas, update balik berita-berita lepas biar media sosial yang buat kerja,” komen netizen.
Untuk rekod Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri ketiganya pada 4 Mei 2021.
Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei 2021.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Copyright © 2023 | WordPress Theme by MH Themes
Leave a Reply