Pulang dari umrah, netizen tegur pakaian Intan Najuwa bercuti di Dubai

Pulang dari umrah, netizen tegur pakaian Intan Najuwa bercuti di Dubai

Tindakan pelakon terkenal, Intan Najuwa memuat naik foto yang kelihatan agak ‘seksi’ sewaktu bercuti di Dubai baru-baru ini telah menarik perhatian ramai warganet.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, Intan atau nama aslinya Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat mengenakan busana bermotif berwarna mustard sedang berada di kawasan padang pasir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Dalam hantaran yang sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini turut kelihatan sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) di padang pasir.

Baru balik dari umrah kan?

Bagaimanapun, hantaran berkenaan mendapat pelbagai kritikan di kalangan warganet di mana ramai selepas dimuat naik semula di sebuah portal hiburan.

Ramai di kalangan warganet mempersoalkan cara pemakaiannya memandangkan Intan baru sahaja selesai daripada mengerjakan ibadah umrah. Mereka mengatakan, Intan seharusnya berpakaian sedikit sopan tanpa mendedahkan ‘sedikit’ bahagian perutnya di media sosial.

Screenshot 2023 01 27 at 2.38.48 PM 768x272 1

Screenshot 2023 01 27 at 2.39.36 PM 768x108 1

Screenshot 2023 01 27 at 2.40.41 PM 768x103 1

Ingatkan tali pinggang tadi…

Selain itu, ada juga netizen cuba bersangka baik dengan mengatakan aktres kelahiran Johor Bharu tu memakai pakaian berwarna kulit selain mengenakan tali pinggang.

Untitled 9

Terdahulu, Intan meluahkan rasa syukur apabila dia dan sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sebagai permulaan yang baik bagi memulakan tahun 2023.

Sumber: Instagram intannajuwaFacebook

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*