Dilabel biri-biri terhodoh di Britain, haiwan ternakan diculik kerana pencuri rasa kesian

Dilabel biri-biri terhodoh di Britain, haiwan ternakan diculik kerana pencuri rasa kesian

Biri-biri yang diberikan nama Scuzzy kehilangan matanya ketika dilahirkan. Foto: Daily Star

PEMILIK biri-biri paling hodoh di Britain sedang berkabung selepas haiwan peliharaan kesayangannya yang merupakan seekor biri-biri bermata satu ‘dibunuh’ oleh pencuri yang tidak berhati perut

Diberikan nama Scuzzy, pemiliknya menyayanginya dengan sepenuh perasaan tetapi orang ramai di media sosial melabelnya sebagai biri-biri paling hodoh di Britain.

Pemiliknya, Michelle Pouton, 60, percaya Scuzzy diculik kerana ciri unik yang ada pada biri-biri itu.

Kali terakhir dilihat pada 6 Januari, Scuzzy yang berusia sembilan bulan ditemui mati pada Rabu selepas pemeriksaan polis di sekitar kawasan rumah pemilik dan pencarian oleh orang awam tidak membuahkan hasil.

Dilahirkan dengan kecacatan, mulut Scuzzy dilihat senget sebelah dan senyumannya sumbing.

“Dia adalah salah satu daripada empat ekor kambing yang dilahirkan di ladang ternakan kami tetapi merupakan satu-satunya yang mempunyai wajah cacat.

“Saya serta-merta menyayanginya dan mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Dia tidak mahu bersama biri-biri lain dan dia hanya mengikut saya di sekitar ladang.

“Dia sangat kecil kerana dia tidak boleh makan banyak pelet akibat dari mulutnya yang hanya mempunyai bukaan kecil.

“Saya sangat kecewa dia tidak ada lagi dengan saya. Saya rasa mungkin ada orang yang melihatnya dan berasa kasihan kepadanya sehingga mengambilnya tanpa mengetahui dia adalah haiwan kesayangan saya,” kata Michelle.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*