Sedar keluarganya B40, pelajar kejuruteraan belajar tentang ‘beg kuning’ TikTok! Kini mampu besarkan rumah keluarga, tambah 5 bilik

Sedar keluarganya B40, pelajar kejuruteraan belajar tentang ‘beg kuning’ TikTok! Kini mampu besarkan rumah keluarga, tambah 5 bilik

Ecah mampu membuat renovasi rumah keluarga hasil TikTok Affiliate sejak tahun lepas.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Biarpun tidak mempunyai pekerjaan tetap, Siti Nur Aishah Pauzi, 23, kini mampu menjana pendapatan sendiri, hasil menyertai TikTok Affiliate sejak September tahun lalu.

Bagi yang tertanya-tanya, TikTok Affiliate secara ringkasnya merupakan aktiviti promosi dan jualan produk syarikat lain untuk mendapatkan komisen.

Proses renovasi kediaman keluarga Ecah yang masih belum siap sepenuhnya.

1921002

Bercerita lanjut, Ecah berkata dia senang dengan kaedah itu memandangkan dirinya tidak perlu memegang stok produk, sebaliknya fokus untuk membuat video promosi sahaja.

“Sebelum ini saya pernah jadi ejen dan dropship untuk produk kecantikan. Tapi bisnes jatuh gila-gila. Jadi saya sertai TikTok Affiliate pada September tahun lepas.

“TikTok Affiliate ni sama macam dropship, kita tak perlu pegang barang, hanya buat promo je melalui content. Tapi cara ini lebih mudah sebab ada fungsi ‘beg kuning’ di TikTok.

1921001

Ecah bersyukur dapat menabur bakti buat ibu bapa dan keluarga.

“Jadi, orang boleh beli terus di situ. Kalau masa buat dropship dulu, orang kena contact saya melalui WhatsApp. Jadi sangat berbaloi buat TikTok Affiliate,” ujarnya membuka cerita.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, keuntungan yang diraih melalui TikTok Affiliate membolehkan dia membantu keluarga untuk hidup dengan lebih selesa.

Lebih manis, Ecah juga menggunakan segala wang yang dikumpul untuk membina rumah baharu buat keluarganya yang menetap di Tumpat, Kelantan.

1921000

Proses renovasi kediaman yang dilakukan oleh mereka sekeluarga.

“Asalnya nak baiki dapur rumah je sebelum puasa tahun lepas. Tapi lepas saya buat TikTok Affiliate, saya decide untuk renovate satu rumah terus. Sekarang dah 60 peratus siap.

“Rumah kami hanya ada dua bilik. Satu bilik mak ayah, satu lagi bilik kami adik-beradik kongsi. Jadi kali ini kami renovate buat lima bilik. Setiap adik-beradik akan ada bilik masing-masing.

“Alhamdulillah dapat bagi keselesaan buat keluarga. Total kos semua hampir RM40,000. Kami dapat jimat sebab semua buat sendiri. Ayah jadi tukang, ahli keluarga pun tolong buat termasuk saya. InsyaAllah sempat siap sebelum raya tahun ni,” ujar Ecah lagi.

Selain menggunakan wang keuntungan untuk membantu keluarga, Ecah juga terus menabung demi mempersiapkan diri untuk menyambung pengajian pada tahun depan.

1921012

Antara video yang dihasilkan Ecah menerusi TikTok.

“Saya sebelum ini ambil diploma bidang Kejuruteraan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Johor. Saya sekarang simpan duit untuk sambung ijazah, plan nak sambung tahun depan.

“Kepada sesiapa khususnya pelajar B40 yang baru habis belajar, struggle cari duit, kita kena mulakan dengan tindakan. Macam saya, saya buat je dulu. Untung atau achievement itu belakang kira.

“Dan saya juga banyak belajar sendiri. Sekarang semua di hujung jari. Apa yang kita nak tahu, semua kita boleh cari. Tak kena tunggu orang ajar. Macam saya pun belajar buat Affiliate menerusi TikTok,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*