Anak B40 tegur kumpulan ‘anti intelek’, suruh tuntut ilmu ubah masa depan… Usah harap muka cantik jual produk timbang kilo

Anak B40 tegur kumpulan ‘anti intelek’, suruh tuntut ilmu ubah masa depan… Usah harap muka cantik jual produk timbang kilo

Fatin bersyukur kerana ibu bapanya mementingkan aspek pendidikan dalam keluarga. -Gambar hiasan

SEJAK dahulu lagi kejayaan seseorang diukur dengan tahap pendidikan yang dimiliki.

Berbeza dengan zaman sekarang apabila kejayaan diukur pada harta atau kemewahan semata-mata tanpa perlu mengetahui tentang latar belakang pendidikan seseorang.

Perkara ini bagaikan satu trend serta ikutan di media sosial apabila ramai dalam kalangan pempengaruh (influencer) termasuk pengasas produk mahupun usahawan mengecapi kejayaan walaupun tanpa kelulusan akademik.

Namun bagi seorang wanita dikenali sebagai Fatin Nasyrah Zulkifli di Facebook, dia tetap berpendapat bahawa pendidikan merupakan laluan terbaik untuk seseorang menempuh kejayaan.

1921657

Kecemerlangan dalam pelajarannya mampu menjadikan Fatin seorang jurutera. -Gambar hiasan

Berbekalkan pengalaman sendiri, Fatin bersyukur apabila ibu bapanya mementingkan soal pendidikan anak-anak demi masa depan keluarga yang lebih baik.

“Ibu bapa saya dua-dua tak masuk universiti. Tapi rezeki mereka dapat kerja sebagai kerani sehinggalah pencen.

“Walaupun arwah abah tak belajar tinggi, tapi dia sangat pentingkan pendidikan kami adik-beradik. Memang all out abah belanjakan duit untuk pembelajaran ikut semampu dia.

“Dulu masa kecil, azab kena tadah telinga dengar abah membebel suruh belajar,” ujarnya menerusi perkongsian di Facebook.

Menerusi posting di grup B40 Buat Perangai Apa Harini, wanita ini menceritakan bagaimana ilmu pengetahuan boleh mengubah laluan hidupnya sehingga menjadi seorang jurutera.

Malah, kejayaan tersebut mampu mengubah nasibnya hingga keluar daripada kelompok B40.

“Hasil didikan abah dan cikgu-cikgu, saya dapat 11A SPM dan peluang sambung belajar di salah sebuah universiti di US (Amerika Syarikat), di bawah tajaan sebuah syarikat.

“Sekarang saya bekerja sebagai engineer. Walaupun sekarang saya bukanlah kaya raya, tapi sekurang-kurangnya dengan pendidikan, saya mampu mengubah kualiti hidup lebih baik daripada mak dan abah seperti mana harapan mereka.

“Mereka harap kehidupan kami adik-beradik lebih baik daripada mereka. Mungkin zaman kanak-kanak saya B40 tapi dengan pendidikan, saya mampu keluar daripada golongan tersebut,” ujarnya.

Kalau tak cantik macam saya ni, belajar sajalah elok-elok.

FATIN NASYRAH

Tambah Fatin, isu pendidikan turut menjadi keutamaan keluarga ibu dan bapa saudaranya yang mempunyai kedudukan ekonomi yang setaraf dengan mereka.

Buktinya, sepupu Fatin juga berjaya mendapat tajaan untuk menyambung pelajaran di Republik Czech.

“Sebab keluarga mereka juga pentingkan pendidikan dia ditaja sambung pengajian di Czech dan sekarang suami isteri doktor pakar,” katanya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Fatin menegaskan bahawa pendidikan mampu mengubah masa depan seseorang.

“Kemiskinan tidak perlu diwarisi, ia boleh diubah dengan pendidikan.

1921675

Fatin menegaskan bahawa tidak sebarang kejayaan yang berlaku melalui sebuah pegharapan terhadap keajaiban.

“Bunyi macam typical, tapi sekurang-kurangnya ia merupakan satu perkara yang sudah terbukti.

“Berbanding mengharapkan keajaiban tak habis sekolah, berbekalkan muka cantik jual produk timbang kilo dapat jadi jutawan. Kalau tak cantik macam saya ni, belajar sajalah elok-elok,” ujarnya menutupi kisah.

Perkongsian Fatin nampaknya mengundang reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen.

Ada yang bersetuju namun tak kurang juga membantah konklusi yang dibuat Fatin bahawa hanya dengan pendidikan seseorang itu mampu mencorak masa depan lebih baik.

1921674

Komen netizen di Facebook.

“Yang berpendidikan pun harapkan keajaiban dapat kerja jawatan tinggi dan gaji besar. Apabila ‘mereput’ tak kerja, bajet best dalam fikiran educated. Dengar ni, ilmu tanpa bawa manfaat itu hanya seperti sampah.

“Tak belajar tinggi pun bukan masalah besar asalkan letakkan nilai ilmu di tempat tinggi. Bukan setakat ilmu akademik tapi juga ilmu kemahiran.

“Ramai juga yang bukan akademik bagus tapi sangat mahir dalam ilmu pertukangan, dan sekarang ini memang kita perlukan golongan tradespeople dan craftsmen,” antara komen netizen.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*