Anak melecur tahap tiga, ibu kecewa ada pihak gesa tarik laporan polis

Anak melecur tahap tiga, ibu kecewa ada pihak gesa tarik laporan polis

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dilaporkan cedera parah gara-gara terkena asid pembersih paip sinki jirannya yang berada di bahagian atas.

Difahamkan, kejadian berlaku di Kota Perdana, Seri kembangan, Serdang apabila paip pembentung sinki ‘jiran atas’ kediaman mereka pecah disebabkan oleh kesan reaktif serbuk soda berasid yang dibeli secara atas talian.

Kesan daripada itu, ia telah merebak ke rumah mangsa dan kebetulan mangsa sedang sedang menggoreng telur di bahagian dapur kemudiannya terkena percikan asid selain paip yang berada betul-betul di bahagian atas dapur tempat mangsa memasak tiba-tiba sahaja meletup.

328312333 528618529099252 1060538858026496344 n

Susulan itu, kanak-kanak lelaki Muhammad Haidar Munir, 9, dan adiknya, Marissa Nur Humaira Munir, 7, dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Azizah.

Menurut Nurul Hidayah, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap anak lelakinya, doktor mendapati hampir keseluruhan bahagian kepala melecur termasuk rambut Haidar yang mengeras seperti plastik terbakar.

327725128 729057095446596 2917263969919707154 n 768x1024 1

328629364 915207236156552 8724779802604916678 n 768x1024 1

Tambahnya, Haidar mengalami lecur tahap tiga dan kini berada dalam unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan lanjut, manakala adiknya cedera di bahagian paha kanan.

328528065 1343828863065891 7726157616438156748 n 768x1365 1

Minta tarik laporan polis..

Bagaimanapun, ibu mangsa meluahkan kekesalan apabila ada pihak menggesanya untuk menarik kembali laporan polis yang telah dibuat berhubung insiden berkenaan.

“Tak tertanggung sakit yang Haidar tanggung dan orang yang berkenaan sanggup suurh Dayah tarik balik laporan polis demi nak selamatkan diri sendiri!!

“Tak berperikemanusiaan langsung.. Dayah ni dahlah cukup trauma dengan apa yang terjadi, boleh pula orang tu nak desak Dayah tarik laporan polis. Lagilah Dayah tertekan sekarang ni,”ujarnya.

Mahu tuntut keadilan buat anaknya, ibu mangsa meminta jasa baik orang ramai sekiranya mengenali mana-mana peguam berkaliber boleh membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Tegasnya, tindakan tersebut telah menyebabkan anaknya mengalami kecacatan kekal.

Sumber: Facebook Nurul Hidayah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*