
“Bila masa pula I boyfriend you” – Tak rela dinodai! Rider cuak ‘wanita jadian’ minta hantar makanan di bilik hotel
Rider bimbang ‘wanita jadian’ minta makanan dihantar ke bilik hotel.
PENGALAMAN ditipu kebiasaannya mengakibatkan seseorang itu mengalami kerugian wang, sama ada dalam kuantiti kecil atau besar.Namun berbeza pula kisah dikongsi seorang pengguna TikTok faez_panda yang memuat naik video rakannya menerima tempahan daripada seorang ‘wanita’ berjantina lelaki di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
“Alhamdulillah kawan selamat. Hampir dinodai ‘wanita jadian’. Nasib baik aku teman. Kalau tak, trauma kawan aku,” dia menulis di ruangan kapsyen.
Menurut pemilik akaun itu, pada awalnya pelanggan ‘bernama pelik’ tersebut meninggalkan pesan supaya makanannya ditinggalkan di lobi hotel.
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok
Menerusi video yang dikongsi, pelanggan itu turut bertanya jika dia boleh membuat pembayaran secara pemindahan wang melalui akaun bank.
Bagaimanapun situasi tiba-tiba bertukar ‘seram’ apabila individu itu mula memanggilnya dengan panggilan manja iaitu ‘sayang’ dan meminta naik ke bilik hotel untuk menghantar makanan dipesan.
“Abang sayang, boleh bayar transfer ke?
“Abang sayang, nanti hantar kat tingkat empat tau,” kata pelanggan itu.
Walaupun berasa kurang selesa dengan panggilan manja itu, rider berkenaan masih bersikap profesional dan memberi layanan yang baik kepada pelanggan tersebut.
Dia itu turut mempersoalkan hubungannya dengan pelanggan tersebut kerana dipanggil dengan panggilan ‘sayang’.
“Aik, bila masa pula I boyfriend you. Siap panggil sayang.
“Boleh je transfer. Tak ada masalah. Cuma jangan tipu,” katanya.
Antara komen netizen pada hantaran tersebut
Video yang dimuat naik itu meraih lebih 200,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.
Menjengah ruangan komen, ada netizen yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi seperti itu.
“Saya pernah kena. Waktu hantar makanan tu hujan. Lepas tu dia ajak masuk. Bila nak bagi baki tu dia pegang tangan suruh masuk. Bahaya.
“Haha aku pernah kena. Lepas tu yang kantoinya sebab aku tak cukup duit nak bagi baki. Jadi aku guna kod QR dengan dia. Sekali nama lelaki keluar.
“Aku pernah nak hantar pesanan dan pernah nak kena tarik tangan. Dia pegang tangan aku. Nasib baiklah aku elak-elak,” kongsi netizen.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply